Kinugawa Park Hotels terletak di Kinugawa Onsen, Nikkō, Wilayah Tochigi, kira-kira 2 jam dengan kereta api dari Tokyo, dan terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki dari Stesen Kinugawa Onsen. Penginapan dibahagikan kepada 4 jenis bangunan yang boleh dipilih, yang setiap bangunan mempunyai suasana tersendiri dan berbeza. Bermula dengan “Kirakukan” yang merupakan bilik standard gaya Jepun, “Kinoyakata” dengan bilik gaya Jepun klasik, “Kishintei” yang merupakan bilik megah dengan suasana seolah-olah berada di hutan yang sunyi, kemudian akhirnya “Park Cottage” yang merupakan bilik santai gaya Barat.
Bagi percutian ke Kinugawa Onsen, perkara yang terkenal di sini semestinya mata air panas. Kinugawa Park Hotels juga menawarkan tempat mandi mata air panas (onsen) yang amat popular dalam kalangan orang di Jepun sejak zaman purba. Kami menawarkan mata air panas dalaman atau luaran dengan tempat mandi yang berasingan untuk lelaki dan wanita. Terdapat pelbagai bentuk tempat mandi mata air panas di sini seperti tempat mandi sipres Jepun kuno, tempat mandi berbentuk tong, tempat mandi berbentuk bot, dan tempat mandi terbuka. Jika anda ingin menikmati onsen bersama pasangan, bersendirian, atau bersama keluarga, Kinugawa Park Hotels juga menyediakan 4 tempat mandi terbuka persendirian yang boleh digunakan. Anda juga boleh menggunakan tempat mandi mata air panas di Kinugawa Park Hotels tanpa perlu bermalam. Harganya hanya ¥ 864 (tuala tidak disertakan) dan anda boleh mencuba tempat mandi sambil bersantai di sekitar hotel selepas berjalan-jalan di sekitar Nikko atau Kinugawa Onsen.
Kinugawa Park Hotels mempunyai 3 restoran yang menghidangkan makanan anda dengan gaya berbeza. Restoran pertama dipanggil Tsukimitei, restoran gaya Jepun dengan tikar tatami atau kerusi. Restoran ini amat disyorkan untuk anda yang suka makan dalam suasana tenang sambil mendengar alat muzik klasik Jepun, dan air terjun buatan. Restoran kedua ialah Garden Terrace, yang merupakan restoran gaya Barat yang menghidangkan makanan Jepun. Dan restoran ketiga ialah Tsuru no ma (restoran bankuet), yang mempunyai kapasiti lebih besar dan sesuai untuk anda yang suka makan bersama keluarga yang terdiri daripada lebih 4 orang. Untuk santapan berkumpulan, ruang bertatami berkapasiti besar akan disediakan untuk kumpulan yang datang. Makanan yang disediakan di Kinugawa Park Hotels semuanya makanan Jepun (kaiseki).
Selain itu, Kinugawa Park Hotels juga memenuhi keperluan tetamu dengan permintaan khas seperti makanan vegetarian (syoujin ryouri) dan menyediakan makanan mesra Muslim untuk tetamu kami yang beragama Muslim/Islam. Kami mempunyai pinggan mangkuk khas untuk makanan mesra Muslim, dapur yang berasingan daripada dapur biasa, peralatan khas, dan bahan makanan khusus yang dilabel halal. Selain makanan, kami menyediakan kemudahan bilik solat (masjid kecil) yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Di bilik solat, kami juga menyediakan beberapa keperluan untuk beribadat, peralatan dan tempat untuk membasuh kaki dan tangan.
Kami berharap dapat mengalu-alukan anda di hotel kami.
Laman web
Dapatkan Arah
Telefon
Kongsi
1409 Ohara, Kinugawa-onsen, Nikko-shi, Tochigi 321-2522, Japan